Pengenalan

Leave a comment

Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966, dengan nombor pendaftaran 3883-11-WKL.

Pertubuhan ini diasaskan pada 1 November 2005 bertindak sebagai badan mengumpul dan mengurus dana perbelanjaan untuk anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal, anak-anak mualaf dan fisabilillah yang bernaung di bawah Pusat Jagaan Al-Hidayah.

Dana pembiayaaan ini merangkumi kos sewa dan penyelenggaraan rumah, pembiayaan pendidikan, kos makan minum dan lain-lain keperluan asas.

Semasa mula dibuka, Pusat Jagaan Al-Hidayah (PJAH) telah menerima 23 orang anak-anak fakir miskin dan anak-anak ibu tunggal untuk bernaung di bawah jagaannya. Sehingga kini, PJAH membiayai hampir seramai 65 orang anak-anak yang kurang bernasib baik. Seramai 35 orang daripada mereka tinggal dan menetap di rumah PJAH.

Anak-anak yang bernaung di bawah PJAH ini diberi tempat perlindungan dan pendidikan berterusan. Mereka ditempatkan di dua buah rumah sewa yang berasingan sebagai asrama putera dan asrama puteri.

Asrama putera beralamat di No. 2, Lorong Kiri 3, Jalan Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Kini, menempatkan seramai 15 orang anak-anak lelaki.

Asrama puteri pula beralamat di No. 20, Jalan Gurney 2, 54000 Kuala Lumpur. Kini, menempatkan seramai 11 orang anak-anak perempuan.

Bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun seramai 10 orang, mereka akan ditempatkan di sebuah rumah wakaf terletak di Sungai Buloh, Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: